hai semua cuti ni ada masa lah sikit nak update blog walaupun still busy lagi dengan study . SPM ! SPM ! SPM ! =.= . Bergantung pada title blog saya dekat atas tu , saya nak story peristiwa penting dekat situ . Ahad minggu lepas sekolah saya SMKJP2 mengadakan Kem Perkampungan Ilmu di sekolah selama 3 hari 2 malam . Start petang Jumaat , kem kiteorang dihandle sepenuhnya oleh ketua komander iaitu En.Zairi dan dibantu oleh cikgu sejarah kiteorang En.Salehuddin . Sekolah kiteorang tak ada asrama so cikgu suruh tidur dalam kelas je , budak perempuan tidur bilik ERT . Ada aircond , jealous budak laki .
Dalam sibuk dengan kem kiteorang lupe something yang paling2 istimewa Hari Jadi Aliff Haiqal , budak Hot kelas saya tu . Merajuk sekejap dengan kiteorang nasib baik tak lama puas pulak nak pujuk . Yang paling best lagi si Aliff tu belanja kiteorang makan donat yang Big Apple tu . Saya ni orang kampung first time makan donut tu best sangat . Thank Aliff <3 . opss lupe cikgu kesayangan aliff pun wish jugak untuk Aliff , En.Daud ,
Kem tu kebanyakan kiteorang buat latihan je . tapi alhamdulillah lah banyak ilmu yang kiteorang dapat . Malam last tu kiteorang tak nak masa berlalu dengan bergitu saja kiteorang borak2 sambil gosip dengan membe hot saya sampai pukul 2 lebih baru tidur , oleh sebab itu pagi esoknya kiteorang bangun lambat . ingatkan kiteorang dah paling lambat dah rupanya ada lagi yang lambat . Malam akhir kan , kene gunakan sebaik mungkin . huhu .
Di dalam kem yang best lagi gempak ni kiteorang ambil kesempatan dalam kesempitan untuk bersnap buat kenangan form5 . Banyak juga lah kiteorang snap pic . Jom tengok pic kiteorang :)
selebihnya tengok dekat FB ,
waalaikummusalam :)